Makanan Yang Boleh Merendahkan IQ Kanak-Kanak
Amalan Pemakanan Yang Kurang Baik Boleh Merendahkan IQ Kanak-kanak
Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah.
Diet yang tinggi lemak, gula dan makanan telah diproses merendahkan IQ kanak-kanak,
rumus satu kajian. Laporan itu berkata tabiat pemakanan pada usia tiga
tahun membentuk prestasi otak apabila ia menjadi lebih berusia.
Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun
dikaitkan secara langsung dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan
tahun setengah, menurut satu kajian berpusat di Bristol terhadap ribuan
kanak-kanak Britain.
The Avon Longitudinal Study of Parents and Children telah membuat
pemerhatian terhadap kesihatan dan kesejahteraan jangka masa panjang
kira-kira 14,000 kanak-kanak.
Makanan terutamanya yang kaya dengan vitamin dan nutrien telah membantu
meningkatkan prestasi otak apabila kanak-kanak membesar, nyata
laporanJournal of Epidemiology and Community Health.
Para penyelidik berkata diet kanak-kanak kecil itu boleh mengubah tahap
IQ pada zaman kanak-kanak nanti, sekalipun tabiat pemakanan diperbaik
dengan peningkatan umur.
"Ini mencadangkan bahawa sebarang kesan kognitif / kelakuan berkaitan
dengan tabiat pemakanan dalam awal alam kanak-kanak mungkin berterusan
hingga ke zaman kanak-kanak, walaupun ada perubahan berikutnya pada
pengambilan makanan," nyata tulisan tersebut.
Semasa kajian, ibu bapa menjawab soal selidik yang memperincikan
jenis-jenis dan kekerapan makanan dan minuman yang diberikan kepada
anak-anak mereka apabila mereka berusia tiga, empat, tujuh dan lapan
tahun setengah.
Setiap peningkatan satu mata dalam markah kajian corak pemakanan (satu
rekod pengambilan lemak terproses) dikaitkan dengan kemerosotan 1.67
mata IQ.
Otak membesar pada kadar paling pantasnya semasa tiga tahun pertama kehidupan.
"Ia adalah mungkin pemakanan yang baik sepanjang tempoh ini boleh menggalakkan pertumbuhan optimum otak," tambah laporan itu.
Pengarah penyelidikan The School Food Trust, Michael Nelson, berkata:
"Dengan kira-kira 23 peratus daripada kanak-kanak yang mula bersekolah
terlebih berat atau obes,
ia adalah sangat jelas bahawa pilihan yang menyihatkan dalam
perkembangan awal mereka itu adalah memberi mereka kebaikan, bukan
sahaja untuk mengekalkan berat yang sihat semasa mereka membesar, tetapi
sebagaimana bukti ini menunjukkan, ia juga untuk meningkatkan kebolehan
mereka untuk mencapai keputusan yang baik di sekolah.
"Penemuan ini juga menunjukkan pentingnya membantu semua yang terlibat
dengan perkembangan awal kanak-kanak untuk mendapat maklumat dan nasihat
yang mereka perlukan berkenaan pemakanan yang baik."
Definisi makanan telah diproses: makanan yang telah dirawat secara
khusus (contohnya pengeringan, pembekuan, pengetinan) untuk
menjadikannya tahan lama, memperbaik rupanya atau menjadikannya lebih
mudah digunakan.
Kredit to : http://www.mamapeduli.info
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.
PENAFIAN:
Artikel yang disiarkan didalam blog ini adalah sekadar rujukan /
panduan sahaja. Pembaca dinasihatkan agar merujuk dengan pihak yang
bertauliah dan terlatih dalam bidang berkenaan sebelum mempraktikannya.
Sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan
maklumat yang diperolehi daripada blog ini adalah atas risiko dan
tanggungan pembaca sendiri.
Diet Terbaik Untuk Anak Anda
->>>> MEALSHAKE SHAKLEE<<<<<-
Untuk Sebarang Pertanyaan,
Konsultansi, dan Pembelian Produk sila hubungi :-
Lin Haron ( ID : 1021583 )
Certificated Shaklee Distributor
Sms / whatsapp : 0122968912
Fan Page : The Vitamins Shop
Email :
lin.health.beauty.solutions@gmail.com
Certificated Shaklee Distributor