Tiga Kali Guna Jadi Racun
Isu Akrolein
Dalam Minyak Masak Terpakai | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
mengambil maklum laporan yang disiarkan dalam akhbar KOSMO bertarikh 13
Disember 2013 bertajuk ”Tiga Kali Guna Jadi Racun: Pakar pemakanan
ingatkan pengguna mengenai bahaya racun akrolein dalam minyak masak
terpakai”. Laporan tersebut mendakwa penggunaan minyak masak yang sama
melebihi tiga (3) kali boleh memudaratkan kesihatan. KKM amat peka dan
prihatin terhadap isu keselamatan makanan yang boleh mengancam kesihatan
pengguna.
Acrolein adalah cecair tidak berwarna dengan bau terbakar dan menusuk
hidung. Ia dihasilkan dari perindustrian propylene dan digunakan sebagai
racun perosak mengawal alga, rumpai, bakteria, dan moluska serta
digunakan untuk membuat bahan kimia lain. Selain daripada itu, ia juga
boleh terbentuk pada kadar yang sangat rendah semasa pemanasan minyak
pada suhu tinggi.
Pendedahan kepada acrolein kebanyakannya berlaku melalui pernafasan
(inhalation) contohnya asap rokok dan ekzos kereta. Acrolein boleh
menyebabkan kerengsaan kepada kulit, mata, dan rongga hidung, tekak
serta boleh merosakkan paru-paru. Menurut International Agency for
Research on Cancer (IARC), acrolein tidak dapat diklasifikasi sebagai
karsinogen pada manusia kerana tiada bukti kukuh yang menunjukkan
acrolein bersifat karsinogenik.
Sehingga kini, tiada sebarang standard yang ditetapkan bagi tempoh ideal
atau kekerapan menggunakan minyak masak sebelum ia perlu dibuang kerana
ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah jenis makanan,
kandungan air dalam makanan, kekerapan penggorengan dan suhu menggoreng.
Minyak masak yang digunakan berulang kali perlu dibuang dan digantikan
dengan minyak masak baru jika berlaku perkara berikut :
- Warna minyak masak menjadi perang pekat.
- Minyak masak menjadi lebih likat atau pekat.
- Minyak masak berbau tengik.
- Asap banyak dihasilkan semasa minyak masak dipanaskan.
KKM telah menyediakan panduan kepada pengguna
bagi membezakan kualiti minyak masak berdasarkan kepada perubahan warna
selepas digunakan berulang kali dan cara pengendalian yang betul bagi
meningkatkan jangka hayat minyak masak yang boleh diperolehi melalui
laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaitu http://fsq.moh.gov.my dan Portal MyHealth http://www.myhealth.gov.my
YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
16 Disember 2013
Sumber : http://www.mamapeduli.info/2014/01/tiga-kali-guna-jadi-racun.html
Sumber : http://www.mamapeduli.info/2014/01/tiga-kali-guna-jadi-racun.html
Set Suplemen SHAKLEE yang DEMAND
>>sila klik gambar utk maklumat produk<<
Lin Haron ( 1021583 )
Sms / whatsapp : 019 274 2701
Fan Page : The Vitamins Shop
Email :
lin.health.beauty.solutions@gmail.com