Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan. Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Punca jerawat.
- Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an.
- Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
- Penggunaan pil perancang dan ubat steroid
- Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
- Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
- Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
- Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
- Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air.
- Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
- Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
- Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, bermasalah dan badan yang letih.
- Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
- Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
- Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
- Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
Kita bukan sahaja perlukan penjagaan kulit luaran malah penjagaan dalaman juga amat penting untuk membantu mengatasi masalah jerawat ini. Jadi dapatkanlah VITAMIN SEMULAJADI pada hari ini bagi membantu mengatasi masalah jerawat dari dalam!
Vitamin yang anda perlukan ialah:
- ALFALFA - membantu mengurangkan infeksi pada kulit dan membuang toksin dalam badan
- GLA - membantu mencairkan sebum yang berminyak, mengurangkan rongga yang tersumbat, memulihkan kulit yang rosak dan menstabilkan hormon
- VITA E - melindungi daripada radikal bebas dan menghilangkan parut jerawat
- B COMPLEX - jerawat disebabkan oleh kekurangan vitamin B6 dan anti stress
- VITA C - memulihkan sel dan meransang penghasilan kolagen
- ESP - membantu meransang pembentukan semula kulit dan mengurangkan kedutan
Lin Haron ( 1021583 )
Shaklee Independent Distributor
Fan Page : Shaklee Online Malaysia