Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dan dibelai dengan
sepenuh kasih sayang. Pemakanan adalah satu faktor yang amat penting
untuk mengukuhkan kesihatan,menampung pembesaran dan memenuhi keperluan
keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal.
Kanak-kanak perlu
makanan untuk membesar dan menjalani proses pembesaran yang
sihat.Faktor yang menyumbang kepada berlaku kekurangan berat badan di
kalangan kana-kanak kurang berat badan diantaranya ialah kurang
pengambilan tenaga (kalori) dan sumber protein. Selain daripada itu,
masalah jangkitan cacing, jangkitan penyakit dan masalah kongenital
juga merupakan masalah kekurangan berat badan.
Kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan kanak-kanak
Para ibu dan bapa jangan memandang ringan terhadap berat badan kanak-kanak.Perkataan ’tak apa nanti besar berat badan akan naik” perlu dikikis. Tidak dinafikan pemberian makanan di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang amat mencabar. Namun perlu diingat, pemberian makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meningkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.Antara kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan ialah:
- • Menjejaskan kecerdasan otak
- • Mengganggu pertumbuhan fizikal
- • Mengganggu perkembangan kanak-kanak
- • Mudah dijangkiti penyakit
Panduan Memberi Makanan Kepada Kanak-Kanak Kurang Berat Badan.
- • Adalah digalakkan ibu menyusukan anak-anak dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan teruskan sehingga berumur dua tahun.
- • Elakkan daripada memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan tenaga seperti air kosong, teh, kopi dan sup kosong.
- • Pastikan anak-anak diberi makan sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari.• Tambahkan sedikit minyak, marjerin atau menggunakan santan dalam masakan contoh semasa menumis bawang, atau memasukkan santan semasa membuat bubur nasi.
- • Pelbagaikan jenis makanan mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia.
Ubah Suai Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan
Kanak-kanak yang kurang berat badan perlu makan makanan yang tinggi kalori (tenaga) untuk meningkatkan berat badan ketahap berat badan normal mengikut umur.
Menangani Anak yang Tidak Selera Makan
Masalah ini kerap berlaku dikalangan kanak-kanak yang berusia satu hingga enam tahun.
Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya:
- • Terlalu banyak bermain
- • Tiada kawan
- • Masalah kesihatan
- • Masalah gigi rosak
- • Jenis makanan dan cara masakan yang sama.
Ibu dan bapa perlu memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak makan. Antaranya:
- • Galakkan anak makan bersama-sama ahli keluarga.
- • Makan bersama-sama rakan sebaya.
- • Hidangkan makanan beraneka warna dan bentuk yang menarik.
- • Elakkan dari memarahi anak semasa makan.
Info Oleh :-
Oleh: Puan Nor Azah Ahmad
Penolong Pengarah Kanan
(Pemakanan)
Jabatan Kesihatan
Wilayah Persekutuan
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketahui bagaimana suplemen Meal Shake Shaklee dapat membantu masalah kurang berat badan di kalangan KANAK-KANAK..
Seperti yang para ibu bapa sedia maklum, masalah kurang berat badan menjadi isu penting dewasa ini di kalangan anak-anak.. KENAPA??..macam artikel di atas tu maklum, kesan-kesan buruk bakal menimpa kanak-kanak yang kurang berat badan..
tapi BERITA BAIK buat ibu bapa moden masa kini, MEAL SHAKE SHAKLEE dapat membantu menambah selera makan anak anda termasuklah anak saya sendiri iaitu NABIHAN.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, mempunyai anak yang " picky eater" dan kurang berat badan..setelah mengambil meal shake, variasi pemakanannya mula berubah...Nabihan mula berselera makan, tidak memilih..dan yang paling penting dia makin aktif, sihat dan ceria..tidak seperti sebelumnya, Nabihan agak sensitif...mudah selsema, demam dan tidak seaktif sekarang..
Nak Tahu lebih kebaikan MEAL SHAKE SHAKLEE, jom klik dibawah :-
Untuk Sebarang Pertanyaan,
Konsultansi, dan Pembelian Produk sila hubungi :-
Lin Haron ( 1021583 )
Shaklee Independent Distributor
Sms / whatsapp : 019 274 2701
Fan Page : The Vitamins Shop