5 Tanda Bayi Cukup Menyusu



  5 Tanda Bayi Cukup Menyusu


Kadang kala ibu tidak tahu sama ada bayinya sudah cukup minum susu atau belum. Setiap kali menangis, ibu beri sahaja susu badan. Akibat terlalu kenyang, si kecil muntahkan semula susunya walaupun mulut tetap menyusu bila disuakan.
Jadi, ibu perlu tahu apa tanda yang boleh menunjukkan si manja sudah cukup minum susu dan rengekan manjanya bukan kerana hendakkan susu.


  1. Sekurang-kurangnya enam lampin basah setiap hari dan membuang air besar yang cair berwarna kekuningan dua hingga lima kali sehari. Ini bergantung kepada umur bayi.
  2. Najis bayi tidak berwarna putih atau kelabu.
  3. Peningkatan berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.
  4. Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau jingga.
  5. Bayi tidur nyenyak dan kelihatan cergas ketika bangun tidur.

  • Untuk menghisap dengan berkesan, bayi perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu diperah/ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnya melepasi puting sejauh satu inci ke bahagian areola. Pastikan puting terletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendaklah dirapatkan ke badan ibu sehingga hujung hidungnya menyentuh payu dara. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas, perbetulkannya dengan mengangkat payu dara sedikit atau menarik bayi lebih rapat ke badan ibu.

  • Jika bayi anda tertidur ketika menyusu, atau anda perlu menamatkan penyusuan sebelum bayi anda berhenti, leraikannya dengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi ketika bibirnya masih melekap pada payu dara anda. Gunakan jari untuk meleraikan mulut bayi. Jangan sekali-kali menarik puting anda tanpa meleraikan hisapannya.
sumber : http://www.mamapeduli.info/2013/11/5-tanda-bayi-cukup-menyusu.html

PENAFIAN: Artikel yang disiarkan didalam blog ini adalah sekadar rujukan / panduan sahaja. Pembaca dinasihatkan agar merujuk dengan pihak yang bertauliah dan terlatih dalam bidang berkenaan sebelum mempraktikannya. Sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini adalah atas risiko dan tanggungan pembaca sendiri.


SET MENYUSU SHAKLEE


Kebaikan mengambil set menyusu shaklee adalah:

  • Anda akan  kekal bertenaga dalam tempoh yang panjang
  • B complex dalam set menyusu shaklee membantu mengurangkan stress dan anda akan berasa lebih tenang serta ceria
  • Apabila bertenaga anda akan rajin dan bersemangat untuk mengepam walaupun sedang sibuk macam kartun
  • Anda akan perasan jarang jatuh sakit seperti demam, batuk dan selesema. jatuh sakit boleh menjejaskan pengeluaran susu badan anda pada hari tersebut
  • Alfalfa complex bertindak sebagai milk booster dalam pengeluaran susu badan anda

Maklumat lanjut tentang produk SILA KLIK SINI

Untuk Belian Terus Sila Klik Pilihan Set Dibawah :-


 
BUY NOW
 
BUY NOW
 
BUY NOW
 
Untuk Sebarang Pertanyaan, Konsultansi, dan Pembelian Produk sila hubungi :-
 
Lin Haron ( 1021583 )
Sms / whatsapp : 019 274 2701
Facebook : Lin Haron